BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 29, 2009

Dunia Kampus

Assalamualaikum...

hari ni 29 Sept 2009 bersamaan 9 syawal.. tinggal lebih kurang sebulan je lagi aku akan menghadapi peperiksaan akhir.

Monday, September 28, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Setelah sebulan berpuasa, akhirnya umat islam dapat menyambut hari lebaran yang mulia..
raya ni dah masuk tahun yg ke3 arwah atok pergi mengadap Ilahi. tapi raya tahun ni lain dari yang lain sebab raya yg ke5, family aku wat kenduri kahwin satu-satunya abang dan anak sulong dalam family..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. tapi agak kelam-kabut gak, almaklumla... first time wat kenduri kawin. Mak abah aku orang yang paling kelam-kabut. hehe...dah macam lipas kudung aku tengok. kesana-sini, ada je benda yg tak kena. tapi apa pun mak abah cakap kenduri ni jadi pengajaran utk kenduri2 yg akan dtg...sekarang ni aku dah balik UPM sb cuti raya dah abis. pasni bz ngan tugasan-tugasan yg melambak lagi tak siap plak... inilah hidup, selagi kita bernafas akan ada bermacam-macam benda yg akan kita buat.. tapi bersyukurlah kerana aku masih diberi nikmat untuk hidup dan dapat sambut raya lagi tahun ni..tahun2 akan dtg tak tahu la camna..panjang umur, InsyaAllah jumpa lagi..

Thursday, September 17, 2009

Pengorbananmu Ibu

Kedengaran kokokan ayam
dikau mula mengatur langkah
peluhmu bagaikan mutiara
kudratmu bagaikan segunung intan
pengorbananmu bagaikan selaut permata

Biarpun lelah
biarpun terik
biarpun beranjau
dikau tidak pernah kenal makna bersenang-lenang
meski kudratmu tidak lagi seteguh tugu usia
namun cekalmu seteguh tugu alam

Pada-Mu Ya Rabbi
daku titipkan doa
berikanlah rahmat-Mu
berikanlah kasih sayang-Mu
berikanlah cinta- Mu
berikanlah lindungan-Mu
buat insan yang amat kucintai
buat insan yang amat kukagumi

Siapalah diriku di bumi-Mu yang suci ini
tanpa insan bernama ibu
pengorbananmu takkan ku lupa
moga kasihmu bertemu di syuga.