BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 13, 2009

Dah abis sem 5

Alhamdulillah...tiada ucapan yg mampu aku luahkan selain alhamdulillah kerana berjaya menghabiskan sem 5. walaupun banyak ujian yang terpaksa ditempuh namun Allah masih memberi aku kekuatan dan kesempatan untuk menyelesaikan segala tugasan yang diberi. petang tadi paper aku yang terakhir. fuhhh...agak mencabar gak. tapi dapat jawab semua walaupun ada soalan yang aku tibai je.yang penting jawab semua....kepada kawan-kawanku, selamat bercuti. jaga diri korang semua baik2 dan semoga bertemu semula sem depan (sem akhir kita).

Wassalam...

p/s: ne entry aku yang terakhir untuk sem ni. sb kat kg takda wireless so tak dapat nak online...gpun laptop ni aku akan bg si montel pinjam selama aku berada kat kg nt...

Wednesday, November 11, 2009

STUDY HANYA UNTUK EXAM ???

Setuju tak jika saya mengatakan bahawa kita study hanya utk exam. cuba kita renung2 balik dalam diri kita. apakah tujuan utama kita belajar? adakah untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat yang dapat kita sentiasa ingat dan aplikasikan dalam kehidupan atau hanya sekadar untuk lulus exam + dapat result power + dapat kerja excellent.

persoalan ini adalah ditujukan untuk diri saya sendiri. bila direnung-renungkan balik. persoalan tu sebenarnya betul jugak.. mungkin bagi setengah2 orang tidak sebab berjaya menjadi seorang pelajar yang benar2 dpt mengaplikasikan apa yang selama ini dia belajar.

cuba korang tanya diri korang sendiri. boleh tak korang ingat balik apa yang korang belajar masa sem2 sebelum ni. mesti susah nak ingat kan? kadang2 soalan remeh pun kadang2 tergagap nak jawab. masa exam je kita pulun habis2an sampai nak pecah kepala otak. tapi bila keluar je dari dewan exam terus hilang apa yang dibaca. sekelip mata sahaja. macam flying without wing tu...

Adakah diri kita layak digelar mahasiswa dan mahasiswi yang berkualiti? renung-renungkanlah dan selamat beramal...Wallahualam

Pening kepala...

Ya Allah...terasa pening pulak dah kepala aku ni. agaknya sebab study lama sangat kot...tapi alhamdulillah sebab akhirnya aku dah bis study kom kumpulan kecil...insyaAllah esok aku akan jawab dengan sebaik-baiknya. after esok, tinggal lagi 1 paper je lg. tak sabar rasanya.

Sunday, November 8, 2009

karektor NOVEMBER

Hari ni genap umur aku 22 tahun(Alhamdulillah)...Uwwwaaa tak sangka dah makin tua rupanya aku...huhu, sungguh ku tak sangka cempedak menjadi nangka ( tak abis2 ngan peribahasa yang melampau ni. haha...)di sini hamba ingin mengemukakan beberapa karektor orang yang lahir bulan kelahiran sama ngan hamba...bagi anda yang tidak memahami maksud karektor sila rujuk kamus dewan bahasa dan puaka. kalau tak paham2 gak, tanya la kat jembalang ke...toyol ke...tak pun buat2 je la yg korang paham ye.. cayolah nogori 9 menang semalam...hehe, yg ni takda kena-mengena ngan post yang aku nak siarkan hari ni...

NOVEMBER
*banyak idea dalam perkara
*sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
*berfikiran ke hadapan
*berfikiran unik dan bijak
*penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
*pemikiran yang tajam
*daya firasat yang sangat halus dan tinggi
*sesuai jadi seorang doktor
*cermatdan teliti
*persoliti yang dinamik
*sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
*banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
*berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran
*terlalu degil dan keras hati
*apabila berkehendak sesuatu, akan berusaha hingga berjaya
*tak suka marah kecuali digugat
*mudah ambil berat terhadap orang lain
*cara berfikir yang lain daripada orang lain
*otak yang sangat tajam
*pandaimendorong diri sendiri
*tidak hargai pujian
*kekuatan semangat dan daya juang yang snagat tinggi apabila berkehendak sesuatu
*cuba sampai berjaya
*badan yang sasa
*kasih sayang adan emosi yang sangat mendalam dan romantik
*tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
*suka duduk di rumah
*sangat rajin dan berkemampuan tinggi
*amanah,jujur,setia, dan pandai berahsia
*tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
*bercita-cita tinggi
*perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


**adakah karektor di atas bersangkutan ngan aku? erm....ada la yang kena n ada gak yang takda kena ngan aku.huhu... bagaimana pula dengan anda?

Thursday, November 5, 2009

Pagi-pagi jual alat make-up

Pada pagi khamis yang berbahagia ini bersamaan 17 Zulkaedah, ada seorang insan iaitu warga blok aku (arif) datang ke bilik aku untuk menjual alat make-up...haha...sungguh ku tak sangka cempedak menjadi nangka. eh apehal aku merepek ckp pasal cempedak ngan nangka pulak ni. sebenarnya aku tak sangka yang insan tu jual alat make up. insan yang aku maksudkan ni sangat periang dan kecoh. sunyi blok aku kalau takda dia. heheh yang paling tak tahan tu dia sendiri pun tak pandai make-up. dah tumpang dia datang bilik, aku dan rumet aku pun membelek semua alat make-up yang dia bawa. siap cuba-cuba lagi. Ish....ish...akhirnya aku dan rumet aku bukan beli pun. bukan apa aku pun bukan pandai make-up sangat..jadi rasa membazir kalau beli tapi tak guna
(haha, alasan tak boleh blah)..Ha...itulah alkisahnya di pagi hari khamis yang berbahagia ini.. ;-p

Wednesday, November 4, 2009

Jadilah rajin...

sejak akhir-akhir ni aku asyik malas je...satu benda je yang aku rajin buat iaitu studo...hmmm...apa nak jadi la ngan aku.ofis pun dah lama tak pergi sejak minggu exam ni. rindu plak aku rasa pada ofis. tapi banyak benda yang dah berubah la...susah aku nak gambarkan perasaan aku sekarang ni. aku rasa diri aku ni sedikit bengong...

Tak macam sem-sem sebelum ni. kalau time exam aku mentelaah macam tak ingat dunia. tapi sekarang slumber je aku rasa walaupun exam 2 hari je lagi. aku sebenarnya dah tak fikirkan benda lain. apa yang ada dalam fikiran anak Pak Akhyar sekarang ni ialah nak balik kampung.. huhu...rindu sangat family. especially mak dan 2 orang adik aku yang paling nakal, kak yun dan danial..

KOB 3201

Adush...apasal aku risau semacam je ngan paper yang bakal aku duduki jumaat ni..dapat ke aku jawab dengan baik? ya Allah bantulah hamba. permudahkanlah hamba utk menjawab soalan exam tu nanti.semalam baru siapkan assigment subjek tu. agak susah...dah la markah 40%. aku tak tau nak target dapat gred apa utk paper ni...huhu cuak sesangat ni...

Tuesday, November 3, 2009

Nak siapkan assignment

pagi ni aku nak siapkan keseluhan tugasan komunikasi massa. sebab petang ni aku nak terus pergi print. nak settle hari ni gak. dah malas nak fikir. hari jumaat ni terus hantar kat dr. Saiful. pastu boleh pada paper exam yang seterusnya. aku nak skor kaw-kaw untuk tahun akhir aku kat bumi UPM ni. hehe...MAZNAH. CHIAYOK! CHIAYOK!

Sunyi roomate takda

 roomate aku - mastura

Terasa sunyi betul bila roomate takda. semalam roomate aku balik rumah dia kat Lengging, Negeri 9. gab exam dia lebih kurang seminggu. jadi, selama seminggu la aku takda roomate. terpaksa la cakap ngan dinding je. huhu...Terkilan sikit, kenapa la dia tak ajak aku ikut dia balik. blok pun terasa sunyi. agaknya ramai yang balik kot. mujur ada madiana..dia la yang rajin ziarah kat bilik usang aku ni, hehe. dan borak-borak ngan aku. petang tadi layan tengok cerita hindustan nagn madiana dan kak da. tapi apa pun aku tetap rasa sunyi. at least kalau ada roomate takda la rasa sunyi sangat. hai...apa la nasib badan ditinggal roomate kesayangan.

Monday, November 2, 2009

HUJAN...

Hujan yang turun bagaikan mutiara...hehe..lagu sudirman la plak. alahai, hujan-hujan camni terasa lapar la pulak. tapi aku rasa malas nak pergi beli makanan..mungkin makan megi je kot. aku rasa hari ni tak de benda yang bermanfaat yang aku buat. tengahari tadi pegi library antar buku, pastu singgah SS beli kotak. almaklum la dah nak dekat cuti la katakan. so aku perlukan kotak untuk simpan buku dan barang-barang aku masa balik kampung nanti.

Sebut pasal hujan...aku pernah terbaca yang masa afdal untuk berdoa adalah semasa hujan. doa kita cepat sampai pada Allah jika kita berdoa masa hujan. tapi apa pun, doa kita mestilah ikhlas dan kita sentiasa kena berdoa bukan sahaja masa susah je. tapi masa senang pun kita kena berdoa jugak.

Pasal hujan gak...aku pernah kena marah ngan mak aku sebab main hujan sampai basah lencun baju sekolah aku. kalau tak silap, masa tu aku darjah 4. mana tak nya aku tunggu abah aku amek punya la lama..jadi dengan sebalnya aku redah hujan dengan baju sekolah. sampai je kat umah kena marah la pulak. sedih sangat aku rasa masa tu. tapi salah aku jugak sebab tak tunggu sampai abah datang amek..hehe...masa redah hujan tu aku sempat curi buah mangga umah orang..sampai sekarang pokok mangga tu ada lagi. jahat gak aku masa sekolah dulu.huhu...bukan jahat tapi nakal. ;-p

Sunday, November 1, 2009

Tengok Cerita Korea

Semalam dan kelmarin sehari suntuk aku mengadap laptop. mengadap laptop bukan sebab study, tapi sebab tengok cerita korea. huhu...sebenarnya aku dilanda kebosanan yang terlampau sebab gab exam lama sangat. so, aku decide la tengok cerita korea jap. tapi bila dah tengok tu best la pulak. lagi pun dah lama sangat aku tak tengok cerita tu "ALL ABOUT EVE". seingat aku la cerita tu ditayangkan masa aku form 4 dulu kat TV3.. dah lama sangat kan? hai...apa la nak jadi ngan aku ni. study malas. tapi tengok cerita rajin. kalau la mak aku tengok perangai aku ni. mesti mak aku gelang kepala..huhu...nak buat macam mana mak. angah bosan sangat-sangat...