BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 11, 2010

SATE,,,,

Adooiii... dah lame tak mkn sate nye pun. akhir2 ni asyik terkenang sate je...
haha.. pe kejadahnye ngidam ke aku ni..bukan kot...tp sebab dah lama tak mkn. dah tak ingat bila last mkn sate. huhuhhu

Friday, March 5, 2010

HANG TUAH atau HANG JEBAT???

Yang mana patut jadi sanjungan orang Melayu? hang jebat ke hang tuah? hmmm... subjek isu-isu dalam kesusasteraan hari ni sentuh tentang hang tuah dan hang jebat. patutkah hang jebat disanjung sekiranya jika kita teliti semula adalah pahlawan Melayu yang setianya tidak bertempat. kesetiaannya kepada raja sehingga sanggup membunuh kawan sendiri. sehingga sanggup mengambil kuda kesayangan raja dalam lombong najis.

Dan hang jebat pula begitu setia kepada sahabatnya sehingga sanggup menderhaka kepada raja. tetapi jika diteliti, penderhakaan hang jebat adalah berasas. sepatutnya, pahlawan inilah yang harus disanjung orang Melayu. tak kisah la korang setuju ke tak dengan pendapat ni. terpulang pada diri masing-masing untuk menilai. masing-masing ada otak n akal fikiran... so lu pk la sendiri.

Thursday, March 4, 2010

TV3

Oh.... sangat-sangat best la hari ni sebab dapat pergi melawat ke TV3. banyak benda yang aku taktau, jadi tau. banyak benda yang aku ingat lain jadi macam lain.. pengalaman yang tak dapat lupa ni.

Haha....tapi yang tak tahan tu. aku, kak nor n eli adalah orang yang paling lambat sampai kat fakulti. adoiiiii....malu gila muka kitorang. kawan2 lain semua dah sampai. sebab kitorang je bus tak dapat bertolak lagi. nasib baik tak kena tinggal..mana taknya, miscommunication telah berlaku di antara kitorang. ingatkan eli dah bagitau kak nor yang kena ada kat fakulti pukul 10. yang eli pulak ingatkan aku yang bagitau kak nor. last2 rupanya xde sape yang inform kak nor. apa lagi kelam kabut la kak nor siap pagi tadi. mujur ada eli tolong iron baju kak nor. haha...macam-macam betol la.

tu pun ada 2 orang lagi yang kena tinggal. kesian. tak patut betol. padahal sampai sana kol 9.30. awal setengah jam tu. kesian yang lagi 2 orang tu jadi mangsa kena tinggal.

sampai je sana, kena pakai sticker pelawat kalau nak masuk. haha....dah rasa macam melawat zaman sekolah dolu-dolu pulak. wahhhh....dapat jumpa farah fauzana n fbi tu... my favourite DJ. peramah la diorang. tapi yang sedih sebab tak dapat nak bergambar ngan diorang memandangkan diorang tengah on air untuk hotfm am krew. tapi takpe la, dapat tgk muka pun jadi la... dapat jumpa ally iskandar, azizah ariffin, maria tunku sabri, fazley zainal, pembaca berita (fan chin fei) n ramai lagi.

dapat belajar tentang macam mana persediaan sebelum membaca berita... wahhh...susah gak. tengok dalam tv macam perfect je, tapi rupa-rupanya susah tu. memeng respect la kat pembaca-pembaca berita. bukan semua orang ada kredibility sebagai pembagai pembaca berita. puas hati dapat tgk fan chin fei baca berita secara live. dapat belajar tentang props yang diorang gunakan, dapat tengok studio-studio yang diorang gunakan untuk rancangan-rancangan kat TV3. tak sangka memang betol-betol hebat

terasa macam nak kerja kat TV3 lak... kalau la aku ada diberi peluang, memang nak sangat kerja kat situ.

Wednesday, March 3, 2010

Mood sedey... :(

hari ni aku dilanda mood yang teramat sedih. nak buat apa pun semuanya serba tak kena.asyik rasa nak nangis je. apa sal aku lemah sangat ni?

MAZNAH! please be strong.. you can face this...

Ya ALLAH... beratnya aku rasa nak tanggung semua ni

Ya Allah... bantu hamba-Mu ini. aku tidak kuat ya ALLAH.. :(

Monday, March 1, 2010

SEDIH.. :'(

kenapa diriku diperlakukan sebegini? MENGAPA?? setelah hati ini kau curi, kau perlakukan sewenang-wenangnya terhadap diriku... siapa aku dalam hatimu sebenarnya? SIAPA?adakah hanya boneka semata-mata? cinta bisa membuat manusia derita. cinta juga bisa buat manusia buta,gila,lupa,merana,sakit hati,bahagia,suka dan macam-macam lagi..

ingat aku ni apa ha? sedih sangat2.. :( kenapa awak buat saya macam ni?awak dah tak sayang saya? dah tak cintakan saya?

YA ALLAH.. tabahkan hati hambaMU ini... :'(

Friday, February 26, 2010

BEST JUGAK

Hari ni first time aku join perarakan maulidur rasul selama aku belajar kat UPM ni. Best jugak ye... bukan setakat best, insyaAllah pahala pun dapat sebab turut menyambut majlis ulang tahun kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Rugi betul sebab tak join dari dulu. hehe...tapi dulu tu bukan taknak join tapi aku balik sebab sambut kat kampung.

Fuhhh... boleh tahan meriah..ramai gak budak-budak kolej lain join. Kolej aku ada la dalam 30 lebih orang yang join. Majlis bermula kat dewan besar. Ada ceramah maulud nabi. tajuk "Nabi Muhammad sebagai Qudwah Hasanah". Rasa tak puas dengar. memang berbaloi la g tadi. banyak pengisian yang bermanfaat. Dalam pukul 7 baru berarak ramai-ramai ke masjid UPM. solat berjemaah, ceramah lagi sekali. Pastu selesai...Perarakan tu dimenangi kolej 13. haha dah tau dah kolej aku kompem tak menang.. =)

Maulidur Rasul

Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awwal sempena kelahiran Nabi Muhammad yang jatuh pada hari khamis 12 Rabiul Awwal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai maulid nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad s.a.w., kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan maulud nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah S.W.T. terhadap kebaikan begitu cepat sehingga terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah akan memberikan pembalasan yang tidak ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanga mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah s.w.t.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatan. - DI AMBIL DARI WIKIPEDIA BAHASA MELAYU, 26.02.2010.

Nabi pesan INGAT 2 perkara:
1: Mati
2: Hari akhirat

& LUPAKAN 2 perkara:
1: Perkara baik yang kita buat pada orang
2: Perkara jahat yang orang buat pada kita

** MARILAH KITA SEMUA SAMA-SAMA MENGHAYATI HARI MAULIDUR RASUL DAN PERBANYAKKAN BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.