BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 28, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Setelah sebulan berpuasa, akhirnya umat islam dapat menyambut hari lebaran yang mulia..
raya ni dah masuk tahun yg ke3 arwah atok pergi mengadap Ilahi. tapi raya tahun ni lain dari yang lain sebab raya yg ke5, family aku wat kenduri kahwin satu-satunya abang dan anak sulong dalam family..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. tapi agak kelam-kabut gak, almaklumla... first time wat kenduri kawin. Mak abah aku orang yang paling kelam-kabut. hehe...dah macam lipas kudung aku tengok. kesana-sini, ada je benda yg tak kena. tapi apa pun mak abah cakap kenduri ni jadi pengajaran utk kenduri2 yg akan dtg...sekarang ni aku dah balik UPM sb cuti raya dah abis. pasni bz ngan tugasan-tugasan yg melambak lagi tak siap plak... inilah hidup, selagi kita bernafas akan ada bermacam-macam benda yg akan kita buat.. tapi bersyukurlah kerana aku masih diberi nikmat untuk hidup dan dapat sambut raya lagi tahun ni..tahun2 akan dtg tak tahu la camna..panjang umur, InsyaAllah jumpa lagi..

0 comments: