BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 30, 2009

Terlupa nak wish


Alahai...sepatutnya malam tadi aku kena wish 
happy befday kat 2 orang adik aku..adush! camna la aku boleh lupa nak wish. time sekarang ni mesti diorang tak balik sekolah lagi. terpaksa laaa aku tunggu pukul 1 karang baru boleh wish. rasanya aku dah rancang nak call adik aku tu pukul 12 tepat malam tadi. tapi entah camna boleh tak wish pulak. hmmmm...mesti diorang merajuk ni.


Huhu...kak ngah mintak maaf sebab lambat wish...HAPPY BIRTHDAY TO MAZNI SHAHIDA & NURUL SYAKIRAH. semoga korang panjang umur, murah rezeki, dilindungi Allah selalu dan berjaya dunia & akhirat. :-)

Thursday, October 29, 2009

Jumpa Kawan lama

Petang tadi dalam pukul 2 aku keluar jumpa kawan lama aku masa form 6 dulu. Tapi yang tak boleh blah tu dia tak tau camna naik LRT. Ish...terpaksa la aku yang pergi ke sana. tapi aku suruh gak dia belajar naik komuter.So dia pun naik KMT sampai stesen Kuala Lumpur dan kami berjumpa kat sana.

Dah 3 tahun lebih tak jumpa dia. Ermm...tak banyak berubah, still macam dulu. masa form 6 dulu pun aku bukannya rapat sangat ngan dia. lagipun kami bukan satu kelas. Tapi entah macam mana, lepas abis form 6 kami contack balik dan jadi agak rapat la...

Tetiba je malam tadi call aku kata nak jumpa, so aku pun setuju la sebab petang tadi kan dah takde exam...6hb  nanti pulak paper yang seterusnya. So aku fikir elok jugak keluar jalan-jalan nak lepas tension. Sebelum pergi jumpa kawan aku tu, aku mintak izin si montel dulu. Mulanya dia macam berat nak bagi. Hehehe...tapi mujur dia bagi jugak. Aku tau dia percaya kat aku dan aku pun takkan ambil kesempatan atas kepercayaan yang dia bagi. Saling memahami dan saling percaya antara satu sama lain tu penting dalam sesebuah perhubungan...Walau apa pun terjadi, memang si montel sorang tu je la yang bertakhta kat hati nurani aku ni.. heheh..jiwang la pulak.


Masa jumpa tadi macam-macam yang kami bualkan. almaklumlah...dah lama tak jumpa la katakan. So banyak la benda yang nak dikongsi dan dicerita...Perkara yang kami bincangkan ialah tentang kawan-kawan satu sekolah dulu, perkembangan diri masing-masing, kisah percintaan dan macam-macam lagi..Tak lama sangat pun kami jumpa. aku sampai sana dalam pukul 4 dan dalam pukul 6 suku aku dah balik. Si montel pesan jangan balik lambat sangat..

InsyaAllah, panjang umur jumpa la lagi. sebab tak puas borak lagi tadi. banyak lagi perkara yang kami tak sempak nak borak. huhu...

Alhamdulillah..dah lepas satu

wahhh...leganya dah lepas satu paper...e,eh...Alhamdulillah..hehe =). hari ni paper kaedah penyelidikan kesusasteraan. mujur soalan tak susah sangat. harap-harap betul la apa yang aku jawab tadi. tapi kelakar la tengok gelagat kawan-kawan aku masa dah bis exam tadi. anim asyik cakap geram2!! sebab dia lupa camna nak tulis bibliografi. takpe nim...yang penting kita dah buat yang terbaik. selebihnya kita tawakal pada Allah...
haha...paling tak tahan tu ada sorang kawan aku tu jatuh! (siapa-siapa yang tahu sila rahsiakan nama dia) ahaks agaknya dia excited sangat sebab dapat jawab exam tadi. tapi aku haapy sangat sebab dah lepas paper yang pertama tadi.

Wednesday, October 28, 2009

Take picture


Kejap lagi aku dan roomate aku nak pergi pejabat untuk ambil gambar untuk pelajar tahun akhir..aisemen....tak sangk tak lama lagi aku pulak yang akan diraikan sebagai pelajar tahun akhir. cepatnya masa berlalu...

kena pakai lawa-lawa untuk ambil gambar jap lagi ni. 3...2...1... snap!snap!

Tuesday, October 27, 2009

MENGHAFAL DAN TEKNIK MENGHAFAL

Menghafal

kemahiran dan kemampuan menghafal adalah antara faktor penting yang menentukan kejayaan seseorang mahasiswa di dalm peperiksaan. antara perkara yang mempercepatkan proses penghafalan ialah :
*kesungguhan
*Usaha yang berulang-ulang dan berterusan
*Mengurangkan makan
*Qiamullail
*Selalu membaca al-Quran
*Sentiasa berwudhuk
Selain itu kita hendaklah sentiasa menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh melemahkan ingatan dan membuatkan kita cepat lupa. Sebab utama yang menghalanngkita dari mempunyai (makalah) hafalan yang kuat ialah melakukan maksiat.

Teknik Menghafal

* Memilih waktu yang sesuai iaitu ketika fikiran masih segar dan tidak berkecamuk dengan apa-apa masalah.
*Menghafal dalam suasana tenang tanpa gangguan luar
*Menghafal berulang-ulang kali sehingga benar-benar ingat. Sekiranya pelajaran yang dihafal itu adalah al-Quran, pastikan anda mengulang-ulangi ayat yang dibaca sebanyak 5 kali di peringkat permulaan. Apabila semua ayat telah dibuat demikian, ulang semula hafalan dari ayat yang pertama sehingga ayat terakhir beberapa kali. Apabila anda telah ingat pelajaran yang dihafal jangan tinggalkannya dalam jarak yang lama kerana akan menyebabkan anda lupa semula.
*Menggunakan semua pancaindera. Jangan menghafal hanya menggunakan mata dan hati semata-mata kerana ini akan membuatkan anda lambat ingat dan cepat lupa. Di samping melihat apa yang dihafal, anda hendaklah menyebut dengan lidah, mendengar apa yang disebut dan menulisnya di atas kertas secara berulang-ulang kali.
*Bukan semua teks harus dihafal. Hafallah point-point penting dari nota dan cuba mengingatinya secara gambarajah atau carta. Ini akan membuatkan anda dapat menguasai tajuk tersebut.
*Cuba cari teman untuk (berlawan hafal. Buatlah soal jawab denagn teman tersebut kerana ini akan membantu anda mengingatinya dengan cepat dan dapat bertahan lama.

SMS dari adik

Aku pelik betul la....tak pernah-pernah adik aku sms tengah-tengah malam camtu, tetiba malam tadi sms aku mintak no ic. Ish...kompius aku jadinya. bila aku reply tanya nak buat apa dia tak balas la pulak. pastu pagi ni aku call dia tak dapat-dapat. ni yang menambahkan lagi kekompiusan aku..

Monday, October 26, 2009

Berdoa dan Tawakal Kepada Allah


Sebagai sorang mukmin, setiap perkara yang kita usahakan perlulah disertai dengan tawakal. Selepas usaha, ikhtiar sebagai syarat manusia biasa, kemudian berdoa. Selepas itu bertawakallah kepada Allah S.W.T.

Kita sewajarnya berdoa kepada Allah, agar dia melimpahkan hidayah kepada keluarga kita lebih-lebih lagi kepada suami.Doakanlah juga semoga kita terus kekal hidup di landasan Islam yang sebenar.

Semoga dengan doa yang berterusan, ia akan diperkenankan oleh Allah. Sesungguhnya, Allah tidak mempersia-siakan segala usaha dan doa hambaNya yang beriman. Allah ada berfirman:
"Berdoalah kepada Aku, akan Kuperkenankan permintaan kamu semua"

Masalah yang kusut akan terlerai jika kena gaya dan caranya. Apabila kita merasakan keluarga kita jauh daripada hidayah, maka kitalah yang berperanan besar untuk mengembalikan mereka ke jalan yang benar. Walaupun mereka telah tersasar jauh dari landasan syariat, usahlah kita berburuk sangka serta memandang rendah kepada mereka. Apatah lagi untuk putus harapan dengan Allah.

Letihnya.....

Hari ni aku rasa letih semacam je..kenapa la agaknya ye? agaknya sebab aku tdo banyak kot. tapi aku tdo banyak sebab aku letih.
adushh...aku pun dah pening apa yang melanda diri aku ni yang sebenarnya.
sebenarnya aku tau apa yang melanda diriku ini. sejak kebelakangan ni aku selalu berselisih faham dengan si montel. dah la aku dah nak final exam. boleh lak kejadian yang tak diingini ni berlaku.
huhuhu...sedih sangat aku rasa. sepatutnya time2 camni la aku nak si montel selalu ada untuk bagi aku semangat.ni tak. sibuk je memanjang..

Ahh...malas la nak fikir. buat sakit hati je. lebih aku aku study banyak...skor A untuk semua subjek dan dapatkan 3.75 sem ni. Insya Allah, aku mesti boleh. yang penting usaha, doa dan tawakal pada Allah...

Tapi letih aku masih bersisa lagi ni. badan rasa lemah2..esok nak kena gi jogging la kalau camni.
dah lama sangat tak exercise. bukit ekspo pun dah lama tak pergi. hari tu pergi pun semata-mata sebab shooting video klip. kalau tak mesti kaki aku ni tak jejak kat bukit ekspo tu. nak kata sibuk tak la sangat. tapi saje buat-buat sibuk kot...haha..

Tapi apa-apa pun, aku bersyukur sebab masih diberi kesempatan untuk merasai apa itu keletihan.. letih tu kan tandanya kita keje kuat. jadi bila keje kuat, tandanya kita ni rajin. (rajin ke aku?)

Friday, October 23, 2009

Sweet Memory Dengan Excellent Group

Alhamdulillah...akhirnya kumpulan excellent berjaya menyiapkan tugasan terakhir yang benar-benar mencabar dan tidak pernak terfikir di benakkan ku ini bahawa muka aku yang comel ni (comel ke??) akan masuk you tube gara-gara tugasan video klip yang kumpulan kami kena buat... apa pun, inilah antara kenangan manis kat UPM yang aku tak dapat lupa...

Excellent group memang terbaik la...dengan berkat usaha kita semua akhirnya siap gak walaupun banyak halangan yang melanda..proses menyiapkan video klip tersebut banyak dilakukan oleh Hanim...TQ Anim sebab banyak berkorban untuk group kita. kepada Jenal pulak, ko memang ada talent jadi pelakon..sampai ada orang kata jenal berlakon kalah Fahrin Ahmad.Hahahahahh... :)

Kepada kawan-kawan group Excellent, hope korang semua akan sentiasa ingat kenangan kita buat video klip tu. Bila kenang-kenang balik masa shooting video klip kat bukit ekspo hari tu memang kelakar sangat. kitorang siap sempat durian lagi tu...Sedap gak durian UPM. Rasa sekali, terasa nak berkali-kali...

SWEET MEMORY EXCELLENT GROUP SUBJEK KESUSASTERAAN DALAM MULTIMEDIA.
JENAL, JA'A, ARIZAN, HANIM, KAK NOR & MAZ.

Tuesday, October 20, 2009

AKU RINDU


Aku rindu untuk jadi seperti dulu. aku rindu pada diriku yang dulu..aku rindu pada DIA. aku rindu sepertiga malam itu.aku rindukan ketenangan.. peperiksaan yang hampir tiba semakin mangcengkam diri. tapi aku terasa kurang sesuatu yang pernah aku dapat dulu. memang BENAR. manusia itu mudah ALPA, LAGHA dengan nikmat yang sementara..aku juga insan biasa yang mudah alpa dan lagha dengan kenikmatan dunia. Aku meminta pabila perlu, aku meminta pabila dalam kesusahan, aku meminta pabila dalam kesedihan. tetapi aku lupa untuk meminta pabila dalam kesenangan... Ya Allah kerdilnya hambaMU ini. Aku hambamu yang pentingkan diri sendiri. meminta pabila perlu sahaja. Ya Allah ampuni hamba... berikan hamba kesempatan untuk kembali ke jalanMU. bimbingi hamba Ya Allah...aku ingin sekali melakukan perkara yang aku rindui. Aku terlalu rindu pada DIA yang sentiasa bersama aku dalam susah dan senang. Sesungguhnya apa yang ada padaku sekarang adalah pinjaman sementara dari-Nya.

Aku yang sekarang seperti hilang arah..selalu dalam kedukaan, kesedihan dan kesusahan..hatiku tidak setenang dulu. Aku rindu sekali pada ketenangan itu. layakkah aku untuk mendapat keampunan atas kekhilafan yang lalu?

Sunday, October 18, 2009

Rindu mak, abah & adik-adik kat kampung

Hmmm...Rindunya aku pada insan-insan tersayang di kampung. nak-nak pulak time hampir exam ni. kalau la ada mak boleh borak macam-macam benda. mak je insan yang paling memahami jiwa aku. lepas balik raya hari tu, aku langsung takda balik kampung. nak sangat balik..tapi bila memikirkan banyak keje yang perlu aku selesaikan kat bumi UPM ni buat aku batalkan hasrat murni aku tu.. Sekarang mak dah mula keje balik. mak kata, mak keje sebab boring duduk umah. tapi aku tau bukan tu sebabnya. mak keje sebab nak cari duit untuk kami semua. betapa besarnya pengorbananmu ibu. walaupun mak sentiasa senyum, tapi aku tau di sebalik senyuman itu terlalu banyak yang tersirat.

Abah lak, time ujung-ujung minggu camni. mesti rehat kat umah. tapi kalau ada keje. biasanya abah gi ke bendang jugak. abah aku sangat rajin orangnya..kalau kat umah abah dah bangun awal pagi tolong mak kemas umah. kadang-kadang tu, masak pun abah yang buat. memang terbaik la abah aku. abah, nanti kalau angah dah keje. abah tak payah susah payah lagi keje teruk-teruk. biar angah yang tanggung semuanya. dah tak sanggup aku tengok mak ngan abah keje teruk untuk tanggung kami adik-beradik.

entah apa la agaknya yang adik-adik kesayangan aku buat time pagi-pagi camni. mesti terpacak kat depan tv tengok kartun...semalam aku kol adik aku yang form 4 tu. dia pun bakal menduduki peperiksaan akhir tahun lebih kurang seminggu lagi. katanya sekarang bz menghafal..biasala ambil aliran bahasa arab. cita-cita nak sambung blajar kat universiti Al-Azhar, mesir...angah doakan adik-adik angah berjaya capai cita-cita masing-masing.

RINDU SANGAT KAT KORANG SEMUA... ='(

Tuesday, October 13, 2009

Betul la kata orang, hidup ini bagai roda. kadangkala kita di atas dan kadangkala kita di bawah..tidak selamanya hidup kita akan selalu senang. namun setiap ujian yang mendatang benar-benar mematangkan diri. Pada usia yang akan menjangkau 22 tahun tidak lama lagi, aku merasakan bahawa banyak perkara lagi yang belum aku tunaikan. merasakan bahawa pada tahap umur sekarang ini aku belum dapat menyumbangkan apa-apa pada orang-orang yang dicintai. setiap manusia itu pasti ada jalan hidupnya tersendiri. pasti ada sejarahnya tersendiri. begitu juga dengan aku.. banyak perkara yang telah aku lalui. ada yang pahit dan ada yang manis. ada juga perkara yang tak pernah aku duga. aku ingin sekali menjadi seperti burung yang dapat terbang bebas untuk pergi ke mana sahaja yang dia mahu. Tapi setiap kejadian itu pasti ada hikmah yang tersirat dan hanya yang Maha Agong sahaja yang mengetahui

Saturday, October 10, 2009

Lambat Inform

geram betul la...last minit baru nak inform. aku dah siap-siap dah nak pegi rehearsal malam kebudayaan untuk malam ni. masa nak pegi baru dapat mesej yang rehearsal ditunda pada petang nanti. agak-agak la. lain kali apa-apa hal inform la awal-awal. nyusahkan orang lain je. aku pun banyak keje lain lagi nak buat.

Friday, October 9, 2009

STRESS!!!

Aduh..stress betul rasanya hari ni. mana taknya. masa balik dari ofis tadi aku tersangkut dalam jam yang sangat teruk. perjalanan yang sepatutnya tak sampai sejam jadi 2 jam pulak hari ni. stress...stress...rasa nak angkat je kereta masa tu tadi. mujur masih ada rasa sabar lagi. dah la ngan assingment lagi berlambak. huhu, sangat stress

Wednesday, October 7, 2009

Alhamdulillah...akhirnya selepas berhempas pulas, aku berjaya siapkan assingment kom korporat. Rasa ringan sikit bila terlepas satu beban.. malam ni ada macaz. jadi aku kena bersiap lawa-lawa untuk naik pentas terima anugerah...hehe..daa

Assignment

hari ni kelas kaedah penyelidikan dibatalkan. jadi dapatlah aku bangun lambat sikit hari ni. hehe tak senonoh betul. tapi bila bangun je tidur terus teringat assingment yang nak kena hantar hari ni. mujur dah hampir siap. cuma nak touch up sikit je lagi...assignment ni 80 % aku n kwn aku yg buat. yg 3,4 orang lagi tu goyang kaki je. Eeeee...geram batul!!!

Tuesday, October 6, 2009

puasa enam

Alhamdulillah... hari ni masuk hari kedua aku puasa enam. mudah-mudahan Allah terus bagi aku kekuatan untuk berpuasa lagi...hari ni buka puasa makan laksa sebab rasa teringin sangat nak makan. tapi tak sedap mana pun. nyesal gak beli.

Banyak kerja

Banyak betul kerja yang perlu diselesaikan. Sabtu ni terlibat dengan karnival kebudayaan untuk koko berkredit.. tak best betul. hari tu jugak ada rumah terbuka kat rumah Dr. Samsina. kempunan aku nak pegi rumah terbuka. dah la raya tahun ni tak dapat pergi jalan mana-mana.

Sunday, October 4, 2009

Jamuan Raya

ni aku baru je balik dari jamuan raya blok...best gak sebab dapat makan nasi himpit ngan kuah kacang, kari kambing, kuih raya...dan yang paling best ada air rebina.. bertambah-tambah aku minum..hehe, air kegemaran la katakan. yang paling penting aku ada menyumbangkan salah satu kuih raya yang ada kat situ...

Berdoalah Selalu

Allah yang sejak dahulu hingga kini menjadi, memberikan rezeki dan segalanya kepada manusia. Allah yang sejak dahulu berkuasa ke atas seluruh alam ini, Allah itu jugalah Tuhan yang berkuasa kini dan hingga bila-bila. Sesungguhnya berzikir dan berdoa kepada Allah SWT. memohon rahmat dan perlindunganNya adalah salah satu jalan atau cara untuk kita mendekatkan diri kepadaNya serta mempertingkatkan lagi takwa dan keimanan kita. Denagn berdoa kita akan selalu berada di sisi Allah SWT. serta mendapat rahmat dan keredhaanNya, dimudahkan dalam segala pekerjaan dan urusan yang sukar serta dijauhkan dari bala dan musibah. Doa juga dapat manghilangkan perasaan sombong, bangga diri dan takbur dalam diri kita. Oleh itu, ayuhlah rakan-rakan kita sentiasa berdoa kepadaNya agar segala yang kita lakukan dipermudahkan olehnya. Peperiksaan akhir hampir tiba, maka pertingkatkan ibadat dan banyak berdoa kepada Allah. Mudah-mudahan kita semua dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Amin...

Bahagia Derita

Warna-warna kehidupan manusia di dunia ini bertukar silih berganti. Hidup paling berbahagia jika terus berwarna putih dan hijau. Pernah juga menjadi kelabu yang tidak keruan. Ada juga yang suka pada biru muda dan warna laut. Paling malang jika hidup dihiasi dengan warna biru tua dan hitam pekat.

Penentuan kepada warna-warna kehidupan ini adalah berdasarkan bagaimana perasaan seseorang. Samada bahagia atau derita. Sejauh manakah kedua-dua perasaan itu membentuk keceriaan hidup?

Kebahagiaan hidup seseorang akan tampak jelas di wajah. Orang yang bijaksana atau yang mempunyai banyak pengalaman hidup, mereka pasti akan dapat mengetahuinya. Apa yang mereka rasakan dengan bantuan perasaan dalaman mereka, selalunya tidak menipu. Mereka adalah 'pembaca' perasaan orang yang amat bijak. Sebab semuanya terpamer di riak muka. Janganlah cuba hendak bohongi mereka.

Oleh itu bentuklah diri supaya menjadi orang yang berilmu. Orang yang berilmu pasti menjauhi diri dari urusan dunia yang melalaikan dan senang kepada urusan akhirat. Mereka tahu apa matlamat hidup mereka di atas dunia yang sementara ini. Seharusnya ilmu yag dituntut merangkumi ilmu dunia dan juga akhirat agar kita akan mandapat kebahagiaan yang sebenar-benarnya

Luahan rasa

Hari ini hari ahad, bersamaan 15 syawal. hemmm...banyak betul assignment yang belum siap. jumaat tadi baru dapat 2 lagi assignment baru. kadang-kadang tu rasa tak puas hati jugak ngan pensyarah yang bagi assigment last2 minit camni. dah la final exam dah dekat. tension betul la. serabut kepala otak aku ni fikir banyak benda. bisnes aku plak semakin slow sebab aku bz ngan assingment. yang paling tak best sem ni la yang paling banyak aku usung laptop ke hulu ke hilir. sampai nak patah rasanya bahu aku ni.. So, sedikit pengajaran untuk aku. jangan wat keje last minit dan pensyarah pun jangan bagi aku assignment last minit. hehe...
sibuk-sibuk pun jap lagi aku nak luang sikit masa untuk pergi makan kenduri kawan aku kahwin...
Tahniah dan SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA ABDUL GHANI ABD RAHMAN.

Saturday, October 3, 2009

Pantun Alam Semulajadi (2 kerat)

Pohon pegaga si pohon sena
bersama menjaga flora dan fauna

Kembang mekar bunga refflesia
alam tercemar angkara manusia

Di malam hari memasang pelita
sayangi sungai anugerah pencipta

Tinggi-tinggi si pohon jati
batangnya boleh dibuat titi

Pergi ke sungai hendak memancing
bencana alam semakin meruncing

Pantun Nasihat (2 kerat)

Buah selasih di atas beranda
Sentiasa kasih ayah dan bonda

Tinggi budimu di alam maya
Tuntutlah ilmu hingga berjaya

Bunga mawar tegak berdiri
Jangan dicemar maruah diri

Negeri makmur aman sentosa
Patuhi perintah yang maha Esa

Bertemu teman bertegur sapa
Rukun iman jangan dilupa