BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 4, 2009

Bahagia Derita

Warna-warna kehidupan manusia di dunia ini bertukar silih berganti. Hidup paling berbahagia jika terus berwarna putih dan hijau. Pernah juga menjadi kelabu yang tidak keruan. Ada juga yang suka pada biru muda dan warna laut. Paling malang jika hidup dihiasi dengan warna biru tua dan hitam pekat.

Penentuan kepada warna-warna kehidupan ini adalah berdasarkan bagaimana perasaan seseorang. Samada bahagia atau derita. Sejauh manakah kedua-dua perasaan itu membentuk keceriaan hidup?

Kebahagiaan hidup seseorang akan tampak jelas di wajah. Orang yang bijaksana atau yang mempunyai banyak pengalaman hidup, mereka pasti akan dapat mengetahuinya. Apa yang mereka rasakan dengan bantuan perasaan dalaman mereka, selalunya tidak menipu. Mereka adalah 'pembaca' perasaan orang yang amat bijak. Sebab semuanya terpamer di riak muka. Janganlah cuba hendak bohongi mereka.

Oleh itu bentuklah diri supaya menjadi orang yang berilmu. Orang yang berilmu pasti menjauhi diri dari urusan dunia yang melalaikan dan senang kepada urusan akhirat. Mereka tahu apa matlamat hidup mereka di atas dunia yang sementara ini. Seharusnya ilmu yag dituntut merangkumi ilmu dunia dan juga akhirat agar kita akan mandapat kebahagiaan yang sebenar-benarnya

1 comments:

cermin diri said...

KEHIDUPAN MEMANG SUKAR UNTUK DIRAMAL KERANA BERKAIATAN DENGAN SUNNAHTULAH... KEHIDUPAN INI UMPAMA RODA YANG BERPUTAR KADANG KITA DI ATAS KADANG KITA DI BAWAH, BILA KITA DI ATAS, JANGAN LUPA PADA ORANG DI BAWAH KITA, DAN BEGITULAH LAH SEBALIKNYA.. KADANG KADANG KEHIDUPAN DIUJI DENGANYANG KITA TAK SANGKA-SANGKA DAN KITA DUGA. APA YANG PASTI HIDUP INI MESTI TERUS KAN DAN KEHIDUPAN ITU SATU PERJUANGAN