BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 26, 2009

Berdoa dan Tawakal Kepada Allah


Sebagai sorang mukmin, setiap perkara yang kita usahakan perlulah disertai dengan tawakal. Selepas usaha, ikhtiar sebagai syarat manusia biasa, kemudian berdoa. Selepas itu bertawakallah kepada Allah S.W.T.

Kita sewajarnya berdoa kepada Allah, agar dia melimpahkan hidayah kepada keluarga kita lebih-lebih lagi kepada suami.Doakanlah juga semoga kita terus kekal hidup di landasan Islam yang sebenar.

Semoga dengan doa yang berterusan, ia akan diperkenankan oleh Allah. Sesungguhnya, Allah tidak mempersia-siakan segala usaha dan doa hambaNya yang beriman. Allah ada berfirman:
"Berdoalah kepada Aku, akan Kuperkenankan permintaan kamu semua"

Masalah yang kusut akan terlerai jika kena gaya dan caranya. Apabila kita merasakan keluarga kita jauh daripada hidayah, maka kitalah yang berperanan besar untuk mengembalikan mereka ke jalan yang benar. Walaupun mereka telah tersasar jauh dari landasan syariat, usahlah kita berburuk sangka serta memandang rendah kepada mereka. Apatah lagi untuk putus harapan dengan Allah.

0 comments: