BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 26, 2010

BEST JUGAK

Hari ni first time aku join perarakan maulidur rasul selama aku belajar kat UPM ni. Best jugak ye... bukan setakat best, insyaAllah pahala pun dapat sebab turut menyambut majlis ulang tahun kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Rugi betul sebab tak join dari dulu. hehe...tapi dulu tu bukan taknak join tapi aku balik sebab sambut kat kampung.

Fuhhh... boleh tahan meriah..ramai gak budak-budak kolej lain join. Kolej aku ada la dalam 30 lebih orang yang join. Majlis bermula kat dewan besar. Ada ceramah maulud nabi. tajuk "Nabi Muhammad sebagai Qudwah Hasanah". Rasa tak puas dengar. memang berbaloi la g tadi. banyak pengisian yang bermanfaat. Dalam pukul 7 baru berarak ramai-ramai ke masjid UPM. solat berjemaah, ceramah lagi sekali. Pastu selesai...Perarakan tu dimenangi kolej 13. haha dah tau dah kolej aku kompem tak menang.. =)

Maulidur Rasul

Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awwal sempena kelahiran Nabi Muhammad yang jatuh pada hari khamis 12 Rabiul Awwal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai maulid nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad s.a.w., kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan maulud nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah S.W.T. terhadap kebaikan begitu cepat sehingga terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah akan memberikan pembalasan yang tidak ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanga mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah s.w.t.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatan. - DI AMBIL DARI WIKIPEDIA BAHASA MELAYU, 26.02.2010.

Nabi pesan INGAT 2 perkara:
1: Mati
2: Hari akhirat

& LUPAKAN 2 perkara:
1: Perkara baik yang kita buat pada orang
2: Perkara jahat yang orang buat pada kita

** MARILAH KITA SEMUA SAMA-SAMA MENGHAYATI HARI MAULIDUR RASUL DAN PERBANYAKKAN BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Wednesday, February 24, 2010

Dilema

Aduh... sungguh aku dalam dilema sekarang ni. mana taknya, hari ni ada interview untuk bakti siswa... huhu buat kat Tawau tu. bukan senang dapat g sana. aku dah lama kempunan nak g sana. hati ni berat kata nak pegi. tapi akal lak menghalang. ajak rumet dia taknak. takkan la aku sorang je. boring lak kalau takde kawan yg satu kepala kat sana nt. ape keputusan yang aku patut buat? pegi ke tak? pegi ke tak?

Thursday, February 4, 2010

Kamar Sepi

Kamar ini sepi sekali
Tanpa cahaya yang menerangi
Tiada sinar yang menyinari
Yand ada
Hanya gelap pekat yang menyelubungi

Kamar ini sepi sekali
Tandus tanpa santapan yang hakiki
Terus-terusan diceroboh
Oleh sawang-sawang kotor
Terbiar
Namun masih berharap diberi sinar
Segenap ruang yang melingkungi

Kamar ini sepi sekali
ketukan demi ketukan
Dibiar tiada bersahut
Ditinggal debu-debu kaku
Bertambah dan terus bertambah
Kekal tidak berubah