BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Wednesday, February 24, 2010

Dilema

Aduh... sungguh aku dalam dilema sekarang ni. mana taknya, hari ni ada interview untuk bakti siswa... huhu buat kat Tawau tu. bukan senang dapat g sana. aku dah lama kempunan nak g sana. hati ni berat kata nak pegi. tapi akal lak menghalang. ajak rumet dia taknak. takkan la aku sorang je. boring lak kalau takde kawan yg satu kepala kat sana nt. ape keputusan yang aku patut buat? pegi ke tak? pegi ke tak?

Thursday, February 4, 2010

Kamar Sepi

Kamar ini sepi sekali
Tanpa cahaya yang menerangi
Tiada sinar yang menyinari
Yand ada
Hanya gelap pekat yang menyelubungi

Kamar ini sepi sekali
Tandus tanpa santapan yang hakiki
Terus-terusan diceroboh
Oleh sawang-sawang kotor
Terbiar
Namun masih berharap diberi sinar
Segenap ruang yang melingkungi

Kamar ini sepi sekali
ketukan demi ketukan
Dibiar tiada bersahut
Ditinggal debu-debu kaku
Bertambah dan terus bertambah
Kekal tidak berubah

Monday, January 25, 2010

ATOK

Hari jumaat yg lalu (22 jan 2010). atok kena masuk HKL sebab disahkan salur darah tersumbat kat bahagian perut n memerlukan atok utk menjalani pembedahan kat perut. masa wat pemeriksaan dalam kol 10 camtu dr. ckp perut atok masih ok n tak perlu operate. adoiii... aku rasa dr. ni kadang2 bukan reti pun. bayangkan family aku datang jauh2 dari perak nun tetiba dr ckp ok plak. ape ke hal la...kecian family aku. smpai sini kol 4.30 pagi. dah tu plak terpaksa sewa hotel murah kat chow kit nun. ngan panas + kotor + sempit.. aku paling kecian kat atok. ye la, orang tua kan..bawak berjalan jauh2 mesti penat tak terkira. mak aku lak sampai demam2 la...

petang jumaat tu aku g jumpa family aku kat titiwangsa..pastu kitorang g makan kat kg. baru. walau dapat jumpa jap je. tp aku puas sebab dpt lepaskan rindu kat atok, mak, abg, kakak ipar, acu, makcu, pak long n abg ngah..

masa kat kg baru tu amin datang... hehe aku pun memperkenalkan dia kat family aku. alhamdulillah, penerimaan family aku baik.. hehe...nasib bek suka. kalu tak, aku dah terpikir nak cari calon lain dah...

pas makan tu..kitorang bawak atok g treatment kat ofis aku. nk jadi cerita bukan atok yg wat treatment, tp mak aku yg wat sb nya atok dah betul2 tak larat n pening kepala. hehe... takpela merasa gak mak aku wat EFT tu (electric feel tharaphy).yg aku plak g merayap ngan sepupu2 aku, acu, makcu n abg ngah g umah sedara makcu kat ampang. huhu... masa tu aku rs agak serba salah. sb sepatutnya aku la yg kena ada kat opis tu. kecian amin kena handle family aku...

last sekali dalam kol 5 lbh camtu family aku pun bertolak balik ke perak. aku n sepupu aku yg lagi 2 org tu ditiggalkan di kaki 5 dekat klcc...huhu.tp aku mmg sedih ngat ms salam ngan atok tu. rs nak nangis je. kecian atok... :( di wajahnya tergambar 1 bebanan n kesedihan yg tak tertanggung. pas arwah nenek pergi, atok jadi agak pendiam. mudah-mudahan atok sentiasa diberi lindungan n kesihatan yang baik oleh Allah. moga dipanjangkan umo serta d bwh keredhaanNya. AMIN...

Thursday, January 21, 2010

KEMBALI

assalamualaikum w.b.t.

lama betul aku tak jenguk n post dlm ni. huhu rindu lak rasa. sekarang aku nk kembali aktifkan blog aku yg comel ni...
semester terakhir ni terasa cam banyak tanggungjawab yg perlu aku laksanakan. especially final projek aku yg tak siap2 tu. haish... tak siap mau tak grad aku nt. ada bbrapa bln je lg utk sudahkan sem akhir ni. pasne msti dah ssh nk jumpa kwn2. mesti msg2 bawak haluan sendiri. mgkin ada yg terus kawen pas bis blaja. da yg keje n tak ketinggalan mesti ada yang tanam anggur... hmmm.. rs sedih lak bila dah nak abis ni. yg manis hanya datang sekali, sayangi dan hargailah teman2 anda (petikan dari kata2 anim) xda halaman. hehe

Friday, November 13, 2009

Dah abis sem 5

Alhamdulillah...tiada ucapan yg mampu aku luahkan selain alhamdulillah kerana berjaya menghabiskan sem 5. walaupun banyak ujian yang terpaksa ditempuh namun Allah masih memberi aku kekuatan dan kesempatan untuk menyelesaikan segala tugasan yang diberi. petang tadi paper aku yang terakhir. fuhhh...agak mencabar gak. tapi dapat jawab semua walaupun ada soalan yang aku tibai je.yang penting jawab semua....kepada kawan-kawanku, selamat bercuti. jaga diri korang semua baik2 dan semoga bertemu semula sem depan (sem akhir kita).

Wassalam...

p/s: ne entry aku yang terakhir untuk sem ni. sb kat kg takda wireless so tak dapat nak online...gpun laptop ni aku akan bg si montel pinjam selama aku berada kat kg nt...

Wednesday, November 11, 2009

STUDY HANYA UNTUK EXAM ???

Setuju tak jika saya mengatakan bahawa kita study hanya utk exam. cuba kita renung2 balik dalam diri kita. apakah tujuan utama kita belajar? adakah untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat yang dapat kita sentiasa ingat dan aplikasikan dalam kehidupan atau hanya sekadar untuk lulus exam + dapat result power + dapat kerja excellent.

persoalan ini adalah ditujukan untuk diri saya sendiri. bila direnung-renungkan balik. persoalan tu sebenarnya betul jugak.. mungkin bagi setengah2 orang tidak sebab berjaya menjadi seorang pelajar yang benar2 dpt mengaplikasikan apa yang selama ini dia belajar.

cuba korang tanya diri korang sendiri. boleh tak korang ingat balik apa yang korang belajar masa sem2 sebelum ni. mesti susah nak ingat kan? kadang2 soalan remeh pun kadang2 tergagap nak jawab. masa exam je kita pulun habis2an sampai nak pecah kepala otak. tapi bila keluar je dari dewan exam terus hilang apa yang dibaca. sekelip mata sahaja. macam flying without wing tu...

Adakah diri kita layak digelar mahasiswa dan mahasiswi yang berkualiti? renung-renungkanlah dan selamat beramal...Wallahualam

Pening kepala...

Ya Allah...terasa pening pulak dah kepala aku ni. agaknya sebab study lama sangat kot...tapi alhamdulillah sebab akhirnya aku dah bis study kom kumpulan kecil...insyaAllah esok aku akan jawab dengan sebaik-baiknya. after esok, tinggal lagi 1 paper je lg. tak sabar rasanya.