BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 11, 2009

STUDY HANYA UNTUK EXAM ???

Setuju tak jika saya mengatakan bahawa kita study hanya utk exam. cuba kita renung2 balik dalam diri kita. apakah tujuan utama kita belajar? adakah untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat yang dapat kita sentiasa ingat dan aplikasikan dalam kehidupan atau hanya sekadar untuk lulus exam + dapat result power + dapat kerja excellent.

persoalan ini adalah ditujukan untuk diri saya sendiri. bila direnung-renungkan balik. persoalan tu sebenarnya betul jugak.. mungkin bagi setengah2 orang tidak sebab berjaya menjadi seorang pelajar yang benar2 dpt mengaplikasikan apa yang selama ini dia belajar.

cuba korang tanya diri korang sendiri. boleh tak korang ingat balik apa yang korang belajar masa sem2 sebelum ni. mesti susah nak ingat kan? kadang2 soalan remeh pun kadang2 tergagap nak jawab. masa exam je kita pulun habis2an sampai nak pecah kepala otak. tapi bila keluar je dari dewan exam terus hilang apa yang dibaca. sekelip mata sahaja. macam flying without wing tu...

Adakah diri kita layak digelar mahasiswa dan mahasiswi yang berkualiti? renung-renungkanlah dan selamat beramal...Wallahualam

0 comments: