BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 2, 2009

HUJAN...

Hujan yang turun bagaikan mutiara...hehe..lagu sudirman la plak. alahai, hujan-hujan camni terasa lapar la pulak. tapi aku rasa malas nak pergi beli makanan..mungkin makan megi je kot. aku rasa hari ni tak de benda yang bermanfaat yang aku buat. tengahari tadi pegi library antar buku, pastu singgah SS beli kotak. almaklum la dah nak dekat cuti la katakan. so aku perlukan kotak untuk simpan buku dan barang-barang aku masa balik kampung nanti.

Sebut pasal hujan...aku pernah terbaca yang masa afdal untuk berdoa adalah semasa hujan. doa kita cepat sampai pada Allah jika kita berdoa masa hujan. tapi apa pun, doa kita mestilah ikhlas dan kita sentiasa kena berdoa bukan sahaja masa susah je. tapi masa senang pun kita kena berdoa jugak.

Pasal hujan gak...aku pernah kena marah ngan mak aku sebab main hujan sampai basah lencun baju sekolah aku. kalau tak silap, masa tu aku darjah 4. mana tak nya aku tunggu abah aku amek punya la lama..jadi dengan sebalnya aku redah hujan dengan baju sekolah. sampai je kat umah kena marah la pulak. sedih sangat aku rasa masa tu. tapi salah aku jugak sebab tak tunggu sampai abah datang amek..hehe...masa redah hujan tu aku sempat curi buah mangga umah orang..sampai sekarang pokok mangga tu ada lagi. jahat gak aku masa sekolah dulu.huhu...bukan jahat tapi nakal. ;-p

0 comments: